Pelbagai resepi dari sumber internet
Nota Resepi Jom Camping Jom Makan

Sambal Penyet

Sambal penyet sedap tanpa bawang.
 
 
Image by Lubuk Resepi
Bahan-bahan:
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak

Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru hancurkan. Blend kasar sahaja. Boleh guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu gesek.
7. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
8. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.
Cobek Batu Jowo
Mahogany Bowl