Pelbagai resepi dari sumber internet
Nota Resepi Jom Camping Jom Makan

Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC

Nasi butter, sup dan ayam goreng yang dijual di KFC memang nampak simple tetapi serba serbi cukup rasanya. Satu hidangan lengkap yang disukai oleh semua golongan.
 
 
Image by Rasa
BAHAN-BAHAN NASI BUTTER
4 cawan beras
4 biji bawang putih(ketuk dan potong halus-halus)
125g butter
Halia (ketuk biar pecah sikit)
1 cawan freshmilk (apa-apa brand janji full cream)
1 kiub pati ayam maggie
Garam


CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan kuali. Masukkan butter, tumis bawang putih.
2. Masukkan halia.
3. Masukkan beras yang dah dibasuh dan kiub pati ayam dan gorengkan sekejap dalam 3 minit.
4. Alihkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air, sukatan air ditambahkan dengan secawan susu tadi.

~~~~~~~~~~~

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG ALA KFC
10 ketul ayam
1 cawan tepung bestari original
1 cawan tepung bestari spicy

CARA PENYEDIAAN:

1. Ambil 5-6 sudu besar campuran tepung tadi. Masukkan dalam ayam, gaulkan sekali biarkan sebati. Perap ayam dengan tepung selama 2 jam.
2. Dah siap perap, panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi. Gaulkan dengan tepung campuran tadi. Salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng dengan api yang sederhana hingga garing.
Tepung Serbaguna Bestari Original & Spicy
Penapis Minyak Stainless Steel
baca lagi » Rasa