Cheesekut
Resipi cheesekut hanya guna 5 bahan yang sedap.
Image by Ariana's Kitchen
Bahan-bahan:
250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum
Cara-cara:
1) Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
2) Lapik loyang dengan plastik. Celup biskut dalam susu segar. Kemudian susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup sekejap saja. Kalau rendam lame nanti jadi lembik.
3) Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum (optional).
4) Ulang langkah yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang akhir.
5) Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese. Tabur nestum.
6) Dah siap masuk dalam peti sejuk sebelah bawah. Sedap makan semasa sejuk.
Kawan Puff Pastry 4 inch
Sudu Kayu ala Khairul Aming
Penapis Minyak Stainless Steel
Mahogany Bowl
 |
Electric Non Stick Ceramic Pot Suitable to fry, steam, braised, stew and all kind of cooking purpose.
|
Biskut Dan Kek