Pelbagai resepi dari sumber internet
Nota Resepi Jom Camping Jom Makan

Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi ayam masak lemak cili api cara Negeri Sembilan yang sangatlah sedap.
 
 
Image by Resepi Che Nom
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam, potong kecil
15-25 biji cili padi
1 helai daun kunyit
2 ketul kunyit hidup
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 mangkuk besar santan
garam secukup rasa

Cara-cara
Bersihkan ayam dan ketepikan.

Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.

Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kjuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.

Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.

Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.

Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.
Aluminium Baking Pan
Air Fryer Disposable Baking Papers
Electric Non Stick Ceramic Pot
Ceramic Pizza Plate
baca lagi » Resepi Che Nom