Pelbagai resepi dari sumber internet
Nota Resepi Jom Camping Jom Makan

Ayam Goreng Sos Tiram

Ayam goreng sos tiram ala Thai yang mudah disediakan.
 
 
Image by Daily Makan
Bahan-bahan perapan ayam:
10 ketul ayam
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Garam/secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan perapan ayam:
1. Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
2. Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos:
5 ulas bawang putih
4 biji cili padi merah
1 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar gula
1 biji perahan limau nipis/lemon
Daun ketumbar yang dipotong halus

Cara-cara penyediaan sos:
1. Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
2. Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
3. Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.
Ceramic Bowl
Aluminium Baking Pan
Sudu Kayu ala Khairul Aming
Sambal Nyet Berapi by Khairulaming
baca lagi » Daily Makan