Pelbagai resepi dari sumber internet
Nota Resepi Jom Camping Jom Makan

Ayam Buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka. Cara nak buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit.
 
 
Image by Resepi Che Nom
Bahan-bahan
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar butter
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Sekeping cheesedale
Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
4. Goreng ayam sehingga sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk Buttermilk:
1. Cairkan butter dan tumiskan bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair, cheesedale, dan bawang besar.
3. Masak sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
4. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Tepung Serbaguna Bestari Original & Spicy
Penapis Minyak Stainless Steel
Ceramic Bowl
baca lagi » Resepi Che Nom