Jom Camping! Lokasi Pilihan
Nota Resepi Jom Camping Jom Makan

Draco Nature Camp, Tapah

Orang kata best sangat tempat ni, dan ramai yang repeat.
 
 
Image by Draco Nature Camp FB
πŸ‘‰ Jalan masuk sentiasa ditambah baik, kereta biasa boleh masuk
πŸ‘‰ Plug point & cable ada setiap tapak
πŸ‘‰ Ada mini kedai runcit. Barangan makanan asas camping, jajan, ais batu, arang, gas, minuman & lain2
πŸ‘‰ Line Telco & internet cemerlang
πŸ‘‰ Tandas bersih wangi, air laju, ada tempat sangkut. Kalau hujan pakai air tangki yang jernih
πŸ‘‰ Keseluruhan kawasan campsite sangat bersih
πŸ‘‰ Rumah utama ada sinki, ruang solat, meja makan & mini library
πŸ‘‰ Sungai jernih, banyak port mesra kanak-kanak, sejuk, banyak ikan (memancing, menangkap ikan tidak dibenarkan)
πŸ‘‰ Pembakaran di atas tanah jugak tidak dibenarkan
πŸ‘‰ Lanskap & view semulajadi
πŸ‘‰ Ada aktiviti educational night walk
πŸ‘‰ CO & staff sentiasa ada di campsite & selalu melawat
πŸ‘‰ Wifi ada boleh guna untuk kecemasan
πŸ‘‰ Setiap tapak ada longkang, risiko aliran air waktu hujan minimum

Tips
πŸ‘‰ Minimum kan barang-barang terutama tapak bahagian bawah sebab kawasan berbukit kecuali ada geng ramai tolong menolong
πŸ‘‰ Persediaan seadanya kalau hujan (baju hujan, topi, Flysheet untuk tent yang memerlukan)
πŸ‘‰ Peg tent dalam 20 cm dah ok. Tarp/Flysheet boleh pakai 30 cm
πŸ‘‰ Portable tent salin baju kalau ada sangat bagus especially untuk wanita & anak perempuan
πŸ‘‰ Torchlight @ headlamp sangat membantu kalau stay tapak bawah tengah malam nak ke toilet
πŸ‘‰ Portable vacuum sangat berguna
πŸ‘‰ Akan ada percikan pasir dekat tent kalau hujan. Bila kering ketuk-ketuk lap hilanglah dia. Kalau ada portable water spray sangat-sangatlah memudahkan..
πŸ‘‰ Lalat saya tak nampak langsung.. nyamuk kadang-kadang ada.
πŸ‘‰ Wagon tak perlu bawa, sebab ada wheel barrow.

πŸ˜… Untuk maklumat lebih lanjut boleh roger ☎️ Abg Hisham : +60 146696207

▢️ Youtube Review by MyKhalish: https://www.youtube.com/watch?v=Rr1ojdqQeXE
Battery Powered Fairy Lamp
Outdoor Hanging Lantern
Kermit Camping Chair
Mini Portable Folding Stool
baca lagi » Draco Nature Camp FB